Sukan
Pearly-Thinaah tempah slot ke suku akhir Seluruh England

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menundukkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 21-16, 21-14 dalam 42 minit di Utilita Arena Birmingham.
Kemenangan ini memperkukuh rekod pertemuan mereka kepada 4-3 memihak kepada Pearly-Thinaah.
Seterusnya, mereka bakal berdepan pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Turut melangkah ke suku akhir, beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang menang mudah 21-9, 21-10 ke atas wakil Scotland dalam hanya 25 minit.