Pegawai Tentera juga ayah,13 tahun tunggu zuriat, 5 hari hantar taska, anak pulang tidak bernyawa di Alor Gajah; Pengasuh wanita ditahan

Kuala Lumpur, sept 7 – Pegawai tentera tidak dapat terima hakikat anak yang ditunggu 13 tahun, dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal sehingga mencabut nyawa ketika berada di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah pagi semalam.
Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, berusia 39 tahun, berkata, dia mendapati berita itu ketika sedang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi dihubungi oleh isterinya memaklumkan menerima panggilan daripada pihak taska bahawa anak tunggalnya tidak sedarkan diri.
Katanya, apabila isteri beliau sampai ke taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
“Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami, sebelum kami membuat keputusan mencuba untuk menghantar bayi kami di taska ini, yang terletak dalam kawasan rumah kami.
“Selepas isteri saya telefon, saya terus bergegas balik ke Melaka dan apabila saya pergi ke taska tersebut saya memang terkejut melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang jelas nampak perbuatan salah seorang penjaga,” katanya kepada pemberita
Susulan itu, seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun di taska berkenaan telah ditahan polis untuk bantu siasatan lanjut, selepas mendapat laporan