Uncategorized
Peguam mohon keluarga Zara Qairina terlibat dalam inkues

Peguam keluarga Zara Qairina Mahathir memohon kepada koroner agar diberi peluang untuk terbabit dalam proses inkues.
Shahlan Jufri berkata demikian selepas Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini, mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan.
Terdahulu, AGC mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan susulan kematian Zara Qairina Mahathir.
AGC menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat susulan laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.