Malaysia
Pejalan kaki maut ketika ambil gambar kemalangan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU:
Seorang lelaki berusia 68 tahun maut selepas dilanggar sebuah Perodua Alza yang hilang kawalan ketika dia mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuhraya Iskandar Sultan, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, berkata mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah.
Kereta Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 40 tahun hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah Honda CRV yang terbabas, sebelum melanggar pembahagi jalan dan merempuh mangsa. Pemandu Alza turut mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.