Pekerja kedai aiskrim ditikam, disamun lelaki bertopeng di Taman Sri Muda, Shah Alam

Kuala Lumpur, Ogos 13 – Seorang pekerja dari sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam nyaris maut selepas ditikam seorang individu bertopeng dalam kejadian samun semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian jam 11.30 pagi, itu berlaku ketika mangsa wanita warga tempatan berumur 21 tahun bekerja seorang diri di kedai berkenaan.
Mangsa yang ketika itu bekerja seorang diri sementara menunggu rakannya masuk bertugas didatangi suspek lelaki memakai pelitup muka serta bersenjatakan pisau pemotong kertas.
“Suspek bertindak agresif dengan menikam mangsa yang cuba mempertahankan diri nya,”katanya menerusi satu kenyataan.
Susulan itu, polis sedang usaha mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadiaan itu untuk tampil ke balai polis berdekatan.