Malaysia
Pekerja kilang maut dihempap rak simpanan barang setinggi 17 tingkat

Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap rak penyimpanan setinggi 17 tingkat yang runtuh di sebuah kilang sarung tangan di Jalan Kawasan Perindustrian Olak Lempit, Kuala Langat.
Mangsa yang dikenali sebagai Rahman, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditemui tertimbus di bawah timbunan barang.
Dalam kejadian pada Selasa pagi itu, enam pekerja dilaporkan terperangkap dan lima daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba, manakala mangsa terakhir ditemui meninggal dunia.
Kesemua mangsa lain yang cedera telah diberikan rawatan lanjut oleh pasukan perubatan di lokasi.