Malaysia

Pekerja Taska Ditahan Kes Penderaan Bayi di Puncak Alam

Seorang pekerja taska berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan bayi berusia 11 bulan yang mengalami lebam di pipi dan telinga.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, penahanan dibuat selepas bapa bayi itu membuat laporan pada Sabtu lalu.

“Pada 13 Disember, sekitar jam 6.15 petang, ibu mangsa mengambil anaknya di sebuah taska di Puncak Alam dan mendapati terdapat kesan lebam di pipi dan telinga kanan bayi tersebut.

“Awalnya, penjaga taska mendakwa bayi terjatuh dari meja. Namun, kemudian penyelia taska menghubungi ibu bapa dan mengakui kecederaan itu berpunca daripada seorang staf,” katanya.

Bayi itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut sebelum laporan polis dibuat.

Bertindak atas laporan, polis menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 14 Disember, jam 6.50 petang. Suspek direman hingga 18 Disember untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker