Malaysia

Pekerja warga asing temu ajal, jatuh dari ketinggian 18 meter di Pulau Pinang

Kuala Lumpur, Oct 23 – Seorang pekerja warga asing bertemu ajal, terjatuh dari ketinggian 18 meter ketika sedang menjalankan kerja-kerja membuka ‘formwork’ di sebuah tapak pembinaan, Pulau Pinang.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menerusi satu kenyataan, menyatakan mangsa berusia 22 tahun itu merupakan pekerja am dari syarikat subkontraktor telah dijumpai di aras bawah bersama sekeping plywood yang jatuh bersamanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Katanya lagi, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Pihaknya urut mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian secara teliti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker