Malaysia

Pelaburan asing ke Malaysia boleh terjejas jika perniagaan abai hak asasi – Volker Turk

Kuala Lumpur, Jun 5 – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk mengingatkan jika amalan perniagaan negara ini tidak berorientasikan hak asasi manusia ia boleh menjejaskan pelaburan asing dalam negara.

Turk turut memaklumkan isu itu antara yang dibincangkan pada pertemuannya bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet semasa lawatan kerjanya ke Malaysia

Tambah beliau, pihaknya menanti kepimpinan Malaysia bagi mengukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN, termasuk keadaan yang menimbulkan bencana di Myanmar, apabila ia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.

Katanya, isu itu turut ditekankan dalam perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berharap peranan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di masa hadapan adalah kunci untuk menyelesaikan pelbagai isu dalam dunia, kata beliau dalam sidang media di penghujung lawatannya ke Malaysia semalan, di Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker