Malaysia
Pelajar jatuh dari tingkat tiga sekolah, KPM jalankan siasatan

Kementerian Pendidikan telah melancarkan siasatan selepas seorang pelajar terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah di Selangor.
Pelajar tersebut terselamat dan kini dirawat di hospital.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan semua warden sekolah berkenaan telah dipindahkan sementara ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
“Laporan polis juga telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.