Malaysia

Pelajar kolej swasta gagal dihubungi selepas naik penerbangan ke London

Polis kini mendapatkan bantuan Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di London bagi mengesan Cathilyenn Santa Liong Siu Zhen, 24, selepas gagal dihubungi keluarganya sejak Sabtu lepas.

Cathileynn, pelajar sebuah kolej swasta di Limbang dipercayai telah menaiki penerbangan ke London selepas rakaman CCTV mengesan pergerakannnya pada malam Sabtu lepas.

Rakannya, Muhamad Izzat Asnawai, 21, turut dilaporkan hilang, namun hanya Cathilyenn yang dirakam berada di lapangan terbang. Keberadaan Izzat masih belum dapat dipastikan.

Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang tanpa pengetahuan keluarga

Kedua-dua mereka kali terakhir dikesan berada di Horizon Suites, Selangor dan tidak dapat dihubungi sejak jam 10 malam, Sabtu lalu. Dua laporan polis telah dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker