Malaysia

Pelajar Malaysia disabit bersalah membunuh,menyembunyikan bayi dalam beg pakaian di UK

Kuala Lumpur, Oct 25 – Seorang pelajar Malaysia, disabit salah membunuh, di Mahkamah Warwick Crown di United Kingdom, meletakkan bayi baru lahir ke dalam kotak bijirin sebelum menyembunyikannya dalam beg pakaian.

Pelajar bernama Jia Xin Teo, berusia 22 tahun tiba di UK awal tahun ini untuk belajar, telah menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi cukup bulan di lantai bilik airnya pada 4 Mac lalu.

Menurut sumber,Jia memberitahu polis bahawa bayinya terselamat ‘sekurang-kurangnya beberapa minit’ dan masih bergerak ketika diletakkan ke dalam kotak.

Selepas kelahiran, kesihatan Jia merosot, menyebabkan dia mendapatkan bantuan perubatan, di mana kakitangan hospital mula menyoalnya.

Walaupun pada mulanya dia menafikan melahirkan anak, ujian mengesahkan kelahiran dan menyebabkan pihak hospital memaklumkan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker