Malaysia

Pelajar Matrikulasi Melaka Meninggal Dunia Selepas Pengsan Ketika Taklimat Sukan

MASJID TANAH: Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly, 19, meninggal dunia selepas pengsan ketika memberi taklimat sukan bola baling di Dewan Terbuka Rahmat, malam tadi.

Pelajar jurusan perakaunan itu rebah pada jam 9.30 malam dan menerima rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah. Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia pada jam 11.14 malam.

EXCO Pendidikan Melaka, Datuk Rahmad Mariman, berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian, manakala pihak kolej menguruskan pengebumian di Petaling Jaya, Selangor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker