Malaysia
Pelajar penerbangan maut jatuh atas kereta dari tingkat 39 kondo di Sungai Besi

Seorang pelajar penerbangan berusia 19 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 39 sebuah kondominium di Sungai Besi, malam Selasa.
Mangsa yang berasal dari Semenyih disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 10.53 malam dan siasatan awal mendapati mangsa terjatuh ke atas bumbung kereta di hadapan restoran.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa berlari seorang diri menuju ke tangga sebelum dipercayai terjatuh. Tiada unsur jenayah dikenal pasti setakat ini.
Mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.