Dunia

Pelajar PhD dari China kena ‘phone scam’, rugi lebih RM847,000

Seorang pelajar PhD warga China di sebuah universiti tempatan kerugian RM847,843 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon.

Mangsa berusia 29 tahun menerima panggilan pada 4 Ogos daripada individu menyamar sebagai pegawai keselamatan awam China dan Hong Kong, yang mendakwa akaun banknya terbabit dalam kes penipuan.

Mangsa kemudian diarahkan memindahkan wang ke beberapa akaun bank tempatan dan kripto kononnya bagi tujuan siasatan.

Sepanjang 6 hingga 26 Ogos, mangsa membuat 30 transaksi sebelum menyedari ditipu lalu membuat laporan polis.

Polis menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan panggilan mencurigakan yang meminta maklumat peribadi atau perbankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker