Malaysia

Pelajar sawan selepas hisap vape di sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Tiga di Kangar sawan dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap vape ketika waktu peperiksaan, Isnin lalu.

Mangsa bersama dua rakannya dilapor keluar kelas tanpa kebenaran kira-kira 9.30 pagi sebelum kejadian berlaku.

Dia kemudian dipapah masuk semula ke kelas dalam keadaan mulut berbuih, sebelum guru bertugas menghubungi ambulans dan waris untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah.

Siasatan awal mendapati pelajar terbabit dipercayai menghisap vape di tandas sekolah. Jenis vape yang digunakan masih belum dikenal pasti.

Guru disiplin dan kaunselor telah diarahkan ke hospital untuk siasatan lanjut, manakala laporan awal diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker