Pelajar terjejas dengan banjir, diminta maklum kepada universiti untuk hulur bantuan – Zambry

Kuala Lumpur, Sept 25 – Pelajar yang terjejas dengan banjir di Kedah dan mempunyai halangan untuk mendaftar ke Universiti dinasihatkan memaklumkan kepada pihak universiti yang berkenaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ia bagi memudahkan pihak universiti mengenal pasti bantuan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.
“Sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang terlibat (dengan pendaftaran ke institusi pengajian tinggi) menjadi mangsa banjir, mereka perlu memaklumkan kepada pihak universiti,”katanya selepas merasmikan Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards Ke-12 (eDOLA) di Putrajaya semalam.
Mengulas, Zambry memaklumkan Kementeriannya menerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat dalam usaha menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah.