Malaysia

Pelajar tingkatan 4 ditidurkan, langgar lembu di Alor Gajah

Kuala Lumpur,Jun 21 – Pelajar tingkatan empat parah selepas motosikal yang ditunggang merempuh seekor lembu di Jalan Lendu Rakan Muda, Masjid Tanah, Alor Gajah, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, kira-kira jam 8.50 malam itu, mangsa, Adam Hazriq Yatim, berusia 16 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati  kemalangan itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis VE1-R dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.

Difahamkan, mangsa telah melanggar seekor lembu dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM

Ujarnya, mangsa kini dihantar ke Hospital Alor Gajah dan ditidurkan di zon merah, kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker