Malaysia

Pelajar warga Nigeria mengaku tidak bersalah cederakan telinga anggota polis

Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis sehingga putus sebahagian telinga kiri selepas digigit, minggu lalu.

Okenyehike Kelvin Obianke, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret S Mageswary.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Koperal Danierul Azraq Ahmad Khair, 36, di bahagian telinga kiri di hadapan sebuah klinik di Metro Prima, Kepong pada jam 10.10 pagi, 25 April lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Obianke mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu memberikan diri sendiri dadah dan memasuki negara ini secara haram.

Atiqah kemudian menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker