Malaysia

Peluasan SST: Kerajaan disaran cari jalan lain – Muhyiddin

Kerajaan disaran membatalkan cadangan kenaikan tarif elektrik serta peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan langkah tersebut akan meningkatkan kos sara hidup rakyat dan memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Muhyiddin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang lebih munasabah berbanding SST yang disifatkan memberi kesan lebih besar kepada pengguna.

Beliau turut mempersoalkan tindakan tergesa-gesa memperluas skop SST tanpa dibentangkan dalam Belanjawan 2026 untuk dibahaskan di Parlimen.

Tambahan pula, daripada lebih 8,000 barangan yang sebelum ini dikecualikan SST, hanya kira-kira 1,800 sahaja benar-benar kekal bebas cukai, menyebabkan lebih 90 peratus barangan bakal dikenakan cukai mulai bulan depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker