“Pemakaian lencana Jalur Gemilang tak bebankan ibu bapa”

Wong Kah Woh mempertahankan pengumuman terbaharu kementerian itu berhubung pemakaian lencana Jalur Gemilang.
Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata, lencana tersebut diberikan secara percuma kerana kementerian memahami dan tidak mahu membebankan ibu bapa.
“Saya baca semua mesej, terima kasih atas komen masing-masing. Pada awalnya, ada ibu bapa yang bimbang bahawa ini akan menjadi kos tambahan kepada keluarga.
“Kementerian memahami perkara ini, sebab itulah setiap pelajar akan diberikan dua lencana bendera negara secara percuma,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau berkata, lencana yang diberikan tidak perlu ditampal kerana ia dilengkapi dengan pin bagi memudahkan ibu bapa.
Tambahnya, ini membolehkan ia digunakan dengan mudah, satu untuk pemakaian harian dan satu lagi sebagai gentian.