Malaysia

Pemandu e-hailing burukkan Islam, imej negara kepada pelancong asing,netizen kecam

Kuala Lumpur, Jun 5 – Baru-baru ini satu video tular menjadi sebutan orang ramai, dimana seorang pemandu e-hailing bertindak memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England.

Video tular berdurasi lebih dua minit memaparkan, pemandu e-hailing tersebut mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.

Katanya, dalam video yang dirakam oleh pelancong asing tersebut, negara ini dianggap tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan.

Pemandu e-hailing itu turut mencadangkan pelancong berkenaan untuk mengambil visa dan terus bercuti di Thailand kerana ada pelbagai hiburan.

Susulan perkongsian video itu, ia mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati kerana perbuatan pemandu yang memburukkan imej dan agama rasmi negara.

Kebanyakan pengguna media sosial, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit kerana dianggap memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) yang sensitif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker