Malaysia
Pemandu Hilux dakwa pandu macam samseng di Klang kerana mak terjatuh, dilepas dengan jaminan polis

Lelaki yang memandu Toyota Hilux dan tular kerana menghimpit serta mengancam pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara, mendakwa bertindak demikian kerana ingin segera membawa ibunya ke hospital selepas wanita itu terjatuh di rumah.
Suspek berusia 29 tahun hadir membuat laporan polis bersama peguam pada malam Sabtu dan telah dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi Ahad selepas disahkan negatif dadah.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Insiden itu sebelum ini menjadi tular menerusi video dashcam yang memaparkan Hilux terbabit cuba menyelit ketika kesesakan lalu lintas berhampiran Bukit Raja, hingga menghimpit kenderaan lain.