Malaysia

Pemandu Iriz punca kemalangan 4 kenderaan lepas dengan saman RM600

Pemandu Proton Iriz yang menjadi punca kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Seremban–Kuala Pilah disaman RM600.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, lelaki berusia 29 tahun itu dikenakan dua saman, satu kerana memotong garisan berkembar dan satu lagi berkaitan kemalangan.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi kelmarin, pemandu tersebut yang bekerja sebagai operator kilang memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Perodua Aruz, disusuli pelanggaran dua lagi kenderaan iaitu Toyota Vios dan Toyota Wish.

Rakaman dashcam kejadian berdurasi 17 saat yang tular di media sosial menunjukkan tindakan cuai pemandu tersebut yang hampir mencetuskan tragedi lebih teruk

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker