Malaysia

Pemandu lawan arus langgar Proton Saga positif dadah

Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kemalangan di Jalan Jaya, Kluang, Jumaat lalu.

Kejadian sekitar jam 5 petang itu tular selepas kereta Honda City yang dipandunya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah Proton Saga.

Pelanggaran menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk. Pemandu Honda City tidak cedera, manakala pemandu Proton Saga berusia 36 tahun mengalami kecederaan ringan.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu peribadi disahkan positif methamphetamine dan mempunyai empat rekod jenayah lampau, termasuk tiga kes berkaitan dadah.

Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker