Pemandu lori tangki temu ajal, hilang kawalan dan terbabas, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Kuala Lumpur, Oct 12 – Seorang pemandu lori tangki temu ajal selepas hilang kawalan dan terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Ibu kota, semalam.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika pemandu lori berkenaan membawa muatan minyak sawit, hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di situ.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang.
Katanya,kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin dan basah.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang.
Mengulas beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang.