Malaysia

Pembantu restoran didakwa rogol pelajar Tingkatan 3

KOTA BHARU – Seorang pembantu restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan 3 pada 24 Januari lalu.

Tertuduh, Wan Izzuddin Wan Hasim, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Dia didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di sebuah bilik di Padang Sri Paduka, Kota Bharu pada jam 3 pagi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Jun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker