Pembuli Esha: Shalini Periasamy dikenakan denda RM100;Cetus perdebatan antara netizen!

Kuala Lumpur, Julai 16 – Pempengaruh kontroversi Shalini Periasamy dikenakan denda sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari andai denda tidak dibayar, selepas menngaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat membangkitkan kemarahan berhubung kes buli siber pempengaruh Rajeswary Appahu atau dikenali Esha.
Susulan hukuman itu, tinjauan Telus di media sosial dapati, ia telah mencetuskan perdebatan antara kalangan netizen, dan rata-rata berkomen menyatakan pembuli Esha atau mesra dikenali sebagai ‘Alpha Quinn’ mendapat hukuman yang lebih berat dan setimpal daripada apa yang berlaku, kerana nyawa seseorang itu sangat berharga serta tidak ternilai.
Netizen juga mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap
wanita berusia 35 tahun itu, tidak setimpal, kerana kehilangan satu nyawa.
Ada juga komen berkata, dia sepatutnya dipenjarakan lebih lama daripada hanya membayar RM100, dan ada juga komen menyatakan tidak puas hati melihat wajah wanita berkenaan selepas keluar daripada mahkamah dengan mengukirkan senyuman sinis tanpa berasa salah.