Malaysia

Pembuli siber harus dipenjarakan, bukan didenda – Ibu Esha

Kuala Lumpur, Julai 18 – Ibu kepada mangsa buli siber, Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha, percaya penjenayah yang menyebabkan anak perempuannya membunuh diri perlu dipenjarakan dan bukannya didenda.

Ibu Esha, R. Puspa berkata selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menghukum seorang pembantu rumah jagaan dikenakan denda maksimum RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikaitkan dengan buli itu.

Menurut sumber media tempatan, Puspa meluahkan rasa kecil hati terhadap hukuman itu,apabila melihat tertuduh P Shalini mengukir senyuman sinis keluar dari kompleks mahkamah Kuala Lumpur selepas dikenakan denda itu pada 16 Julai lalu.

Saya berasa sakit hati apabila Shalini tersenyum dan berjalan keluar dengan yakin, dan mereka yang melakukan kesalahan berjalan bebas, dan yang melakukan yang baik sekarang di bawah kubur,” kata Puspa menerusi sumber video Scoop.

“Mereka sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat, saya tidak mengatakan mereka harus dihukum mati, tetapi mereka harus dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun,” katanya Puspa

Mengulas lanjut, Puspa berkata bahawa sesiapa sahaja boleh terlepas daripada buli siber hanya dengan membayar denda yang kecil dan perkara ini harus dirujuk balik oleh pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker