Pemenang Olimpik dakwa pingat gangsa, mula terkopek-kopek, kurang kualiti

Kuala Lumpur, Ogos 9 – Atlet papan selaju Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendakwa pingat gangsa Olimpik Paris 2024 yang dimenanginya kelihatan seolah-olah ‘lusuh’.
Huston menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya berkata pingkat itu memang benar kelihatan hebat sewaktu beliau menerimanya, namun selepas menyarungkannya ke badan dengan sedikit peluh, kualiti pingat itu sebenarnya tidak seperti yang disangkakan.
“Lihat keadaannya yang agak lusuh dan mula terkopek-kopek. mungkin pingat ini perlu memiliki kualiti yang lebih baik,” katanya.
Atlet itu meraih pingat gangsa di ibu negara Perancis itu, kecundang di tangan pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada final acara street lelaki.