Dunia
Pemergian Presiden termiskin, Jose Mujica sangat dirasai rakyat Amerika Latin

Bekas Presiden Uruguay, Jose ‘Pepe’ Mujica meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat kanser, meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Amerika Latin.
Dikenali kerana gaya hidup sederhana dan dasar progresif, Mujica digelar ‘presiden termiskin dunia’ kerana menyerahkan sebahagian besar gajinya kepada badan amal dan tinggal di ladang kecil bersama isteri.
Sepanjang pentadbirannya dari 2010 hingga 2015, beliau berjaya menjadikan Uruguay antara negara paling progresif di rantau itu.
Kerajaan Uruguay mengisytiharkan tiga hari berkabung manakala jasadnya ditempatkan di Istana Kehakiman untuk penghormatan terakhir.
Pemimpin rantau dan dunia memberi penghormatan kepada Mujica yang disifatkan sebagai simbol kejujuran dan kesederhanaan dalam politik.