Malaysia

Pemilihan parti kadang-kadang boleh akibatkan perpecahan – Nurul Izzah

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tetap dengan pendirian untuk tidak berdebat dengan penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelang pemilihan parti, walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dengan hanya berbaki lima hari sebelum pemilihan, keutamaannya kini adalah untuk bertemu dan menyantuni perwakilan di peringkat akar umbi.

Katanya, apa yang ingin dibina ialah hubungan bukan perpecahan dan malangnya pemilihan parti kadang-kadang jika tidak berhati-hati boleh menyebabkannya berlaku.

Menjawab isu nepotisme, Nurul Izzah berkata beliau hanya mahu berkhidmat kepada parti dan masyarakat, sambil menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada perwakilan.

Beliau turut mengakui pernah berbeza pendapat dengan bapanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun menegaskan bahawa perbezaan itu tidak bersifat peribadi.

Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Nurul Izzah dan Rafizi. Hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei manakala Kongres Nasional PKR berlangsung dari 21 hingga 24 Mei di Johor Bahru.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker