Malaysia

Pemilik Akaun TikTok Ditahan Berhubung Penghinaan Institusi Diraja dan PM

Polis menahan pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong, pada Rabu untuk siasatan berhubung kandungan media sosial berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor, dan Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan laporan dibuat oleh seorang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas kandungan tersebut dimuat naik pada jam 4.30 petang.

“Kandungan itu dipercayai bertujuan menyakitkan hati, memperlekehkan, dan menghina institusi diraja. Ia juga mencetuskan kebencian serta provokasi yang boleh mengganggu keselamatan awam dan keharmonian negara,” katanya.

Polis turut merampas telefon pintar milik suspek untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker