Malaysia
Pemilik kedai emas maut langgar tiang elektrik

Sepasang suami isteri maut selepas kereta Ford Mustang yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan, petang Isnin.Kemalangan berlaku ketika kenderaan dipandu mangsa dalam perjalanan ke Segamat sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Pasukan bomba dikerah ke lokasi dan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat mangsa.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.