DuniaMalaysia

Pemilik kedai makan meninggal dunia akibat kerja lebih masa demi selesai hutang pandemik COVID-19

Seorang pemilik gerai Bak Kut Teh di Singapura meninggal dunia akibat terlalu letih bekerja, selepas bertungkus-lumus 18 jam sehari tanpa henti selama setahun demi membayar hutang lebih S$100,000 yang terkumpul akibat pandemik.

Pasangan warga emas ini, yang membuka gerai Bak Kut Teh sejak 1990-an di Kola Food Centre, Singapura telah memulakan perniagaan itu dari bawah.

Si isteri, yang kini berusia 66 tahun, pernah bekerja lebih 20 tahun di sebuah kedai Bak Kut Teh terkenal sebelum memulakan perniagaan bersama suaminya.

Demi pengorbanan untuk membayar komitmen, suaminya yang berusia 65 tahun dilaporkan tetap berniaga seperti biasa walaupun tidak sihat selama tiga minggu.

Dia hanya mula rehat beberapa hari sebelum meninggal dunia kerana terlalu penat dan tidak berdaya untuk meniaga.

Malam sebelum kejadian, dia mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan meninggal dunia awal pagi di hospital.

Kini, isterinya meneruskan perniagaan itu seorang diri, seperti yang dijanjikan kepada suaminya saat-saat akhir sebelum pemergiannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker