Malaysia

Pemilik kedai runcit bimbang, anggaran kos RM300 juta patuhi larangan pameran produk tembakau tinggi, tidak mampu bertahan

Kuala Lumpur, Oct 16 – Persatuan Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia bimbang dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta oleh kerajaan untuk mematuhi larangan pameran produk tembakau dalam negara.

Presidennya, Hong Chee Meng, menerusi satu kenyataan berkata,pihaknya kecewa dengan pendekatan kerajaan kerana keadaan ekonomi yang makin cabar, ramai peniaga tidak mampu bertahan dengan kos yang setinggi itu.

“Walaupun kerajaan memberi lanjutan 6 bulan sehingga April tahun depan untuk mematuhi larangan pameran produk tembakau,
kedai runcit dan peruncit kecil masih bergelut dengan kos dan tekanan yang tinggi,”.

“Lanjutan ini hanyalah “plaster sementara” untuk masalah yang lebih besar dan setiap kedai perlu belanja sehingga RM6,000 untuk ubahsuai rak-rak mereka, dan tiada bantuan kewangan dari kerajaan?,”katanya.

Hong Chee turut berkata ketika kerajaan memperketatkan kawalan ke atas produk sah, peniaga pasaran gelap mula mengambil kesempatan dan pelanggan mungkin beralih kepada barang seludup yang lebih mudah diakses.

Mengulas beliau memohon agar kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh pelaksanaan dan memberi bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga supaya persediaan lanjut dapat dilakukan untuk memaatuhi larangan pameran produk tembakau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker