EksklusifHiburanMalaysia

Pemilik ‘Papercup’ di Taman Saga, Ampang;Sahabat sejak berusia 13 tahun, susah senang bersama

Kuala Lumpur, Nov 3 – Pasangan kawan sejak berusia 13 tahun,dengan latar belakang berbeza, kini pemilik kedai kopi ‘Papercup’ di tempat yang membuat ramai terpesona iaitu di Taman Saga Hills, Ampang, Selangor.

Ketika bertemu bual bersama mereka, Heshvindran Murugayah dan Yuganvarma Ramasamy, masing-masing berusia 26 tahun berkata, mereka memilih untuk menjual ‘Papercup’ di situ kerana tempat itulah ‘healing spot’ untuk mereka.

Yugan yang berlatar berlakang kejuruteraan kimia, manakala Hesvin yang berlatar dalam industri filem, memulakan ‘Papercup’ kerana mempunyai minat dalam F&B sejak kecil lagi.

Mengulas, kedua-dua sahabat karib itu turut menasihati orang ramai supaya tidak putus asa jika tidak dapat mencari kerja yang sesuai dengan bidang yang pernah belajar, malah melakukan sesuatu untuk teruskan hidup.

Papercup beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari jam 7 petang sehingga 12 malam, tempat yang sesuai untuk layan kopi, bersama nasi lemak, tidak lupa minuman istimewa digemari orang ramai iaitu ‘Jaggery Tea’, ayuh ke Papercup bersama-sama kawan dan keluarga anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker