Malaysia

Pemimpin DAP tunduk hormat, harap keluarga Teoh Beng Hock pertimbang sumbangan ihsan kerajaan

Barisan kepimpinan tertinggi DAP termasuk Setiausaha Agung, Anthony Loke menzahirkan penghormatan kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock dengan tunduk selama 30 saat selepas sidang media khas di ibu pejabat parti.

Tindakan simbolik itu menggambarkan rasa hormat dan dukacita mereka terhadap keluarga, selain mengakui kekecewaan atas siasatan kematian bekas setiausaha politik itu yang belum membuahkan hasil.

Loke turut menegaskan bahawa DAP amat memahami perasaan keluarga mendiang yang menanti keadilan sejak 16 tahun lalu, dan menegaskan komitmen parti untuk terus menyokong usaha mencari kebenaran berdasarkan prinsip undang-undang, termasuk bantuan guaman sekiranya ada bukti baharu.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar keluarga mempertimbangkan sumbangan ihsan yang ditawarkan kerajaan bagi menyokong kebajikan dan pendidikan anak mendiang.

Jelasnya, bantuan tersebut tidak bersyarat dan sepenuhnya diuruskan oleh balu mendiang, tanpa menjejaskan hak keluarga untuk terus memperjuangkan keadilan secara terbuka.

Loke juga menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai satu langkah penting ke arah keadilan transisi, dan mencerminkan kesungguhan kerajaan Madani untuk mengakui dan memperbetulkan kesilapan lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker