Malaysia
Pemimpin Hamas Ismail terbunuh, akibat bom diseludup di rumah tamu,Tehran

Kuala Lumpur, Ogos 2 – Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, dipercayai dibunuh pada hari Rabu akibat bahan letupan yang diseludup secara rahsia di rumah tamu beliau di Tehran, Iran.
Perkara itu dimaklumkan oleh tujuh pegawai Asia Barat termasuk dua warga Iran, dan seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).
Bom itu dilapor disembunyikan kira-kira dua bulan lalu di rumah tamu beliau, menurut lima pegawai berkenaan.
Rumah tamu itu difahamkan, dikendali dan dilindungi oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di kejiranan mewah Neshat, di utara Tehran, lapor media luar negara.