Dunia

Pempengaruh AS dikecam kerana pegang anak wombat, tinggalkan Australia

Seorang pempengaruh Amerika Syarikat, Sam Jones, menerima kritikan keras selepas memuat naik video dirinya memegang anak wombat liar, mencetuskan kemarahan rakyat Australia dan pencinta haiwan.

Video yang kini telah dipadam menunjukkan Jones mengangkat anak wombat dari tepi jalan, walaupun haiwan itu bergelut dan mengeluarkan bunyi marah.

Wombat merupakan spesies dilindungi, dan tindakannya mencetuskan siasatan pihak berkuasa.

Jones meninggalkan Australia sehari selepas Kementerian Dalam Negeri menyatakan mereka sedang menyemak sama ada tindakannya melanggar syarat visa.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengecam tindakan Jones sebagai “keterlaluan” dan secara sinis mencabar pempengaruh itu untuk mencuba mengambil anak buaya daripada ibunya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker