Dunia

Pempengaruh maut ditikam ketika sedang ‘live’

Seorang pempengaruh media sosial, Airi Sato, 22, dikenali sebagai Ai Mogami, maut ditikam ketika bersiaran langsung di Shinjuku Ward, Tokyo, sekitar jam 9.50 pagi, pada 11 Mac lepas.

Suspek, Kenichi Takano, 42, mendakwa Airi berhutang 2 juta yen (RM59,828) dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Airi memperoleh wang tanpa melunaskan hutangnya. ​

Kenichi menjejaki lokasi Airi melalui latar belakang dalam siaran langsungnya.

Polis menahan Kenichi di tempat kejadian, yang mengakui menjejaki lokasi Airi melalui siaran langsungnya.

Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman di kepala, leher dan perut sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. ​

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menikam mangsa berulang kali sebelum ditahan pihak berkuasa. ​

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker