Pempengaruh media sosial sibuk buat kerja pengamal media di Putra Heights

Kehadiran pempengaruh media sosial yang sibuk merakam kandungan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights menyukarkan pengamal media menjalankan tugas.
Akibatnya, media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan PPS semalam, menyukarkan usaha mendapatkan maklumat mengenai mangsa kebakaran paip gas.
Rata-rata mereka meluahkan rasa terkilan dan menegaskan supaya pihak pengurusan PPS lebih cekap dalam menguruskan situasi dan orang bukan media perlu lebih beretika dalam merakam kandungan.
Tambah mereka, aturan yang lebih baik seperti penetapan masa atau kawalan lebih ketat akan memastikan hak media dan privasi mangsa terpelihara sekali gus
Sejak kejadian letupan gas yang berlaku pada 2 April lepas, ramai orang awam cuba untuk memasuki ke kawasan Putra Heights dan tidak dinafikan juga bahawa ramai pempengaruh yang mencipta kandungan masing-masing bagi memberi gambaran situasi di kawasan tersebut.