Malaysia

Pemuda Umno Terengganu pun tersilap papar Jalur Gemilang tidak lengkap

Belum reda dengan insiden mengibar Jalur Gemilang terbalik di Pulau Pinang sehingga menarik perhatian ramai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh sendiri yang ingin berjumpa dengan pelaku untuk memberi pengajaran sewajarnya.

Kini giliran Pemuda Umno Terengganu yang membuat kesilapan dengan memaparkan Jalur Gemilang yang tidak cukup sifat menerusi satu perkongsian di Facebook.

Dalam perkongsian itu, Pemuda Umno Terengganu memuat naik satu kenyataan ketidakpuasan hati atas tindakan pemasangan bendera secara terbalik dan menuntut pembelaan kematian Zara Qairina Mahathir yang didakwa menjadi mangsa buli.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mempertikaikan bahawa grafik yang digunapakai hanya meletakkan bendera dengan 12 jalur, berbanding 14.

Orang ramai turut mempertikaikan sama ada Akmal akan membuat tindakan sama seperti yang ingin diambil terhadap pemilik kedai perkakasan, Feng Jin Zhen di Pulau Pinang atau hanya menutup sebelah mata.

Terdahulu, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menyeru rakyat agar tidak terburu-buru membuat andaian berhubung penggantungan bendera secara terbalik kerana ia mungkin hanya kekhilafan atau ketidaktahuan orang awam mengenai cara yang betul.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker