Penagih dadah cuak pemeriksaan polis, rempuh pagar kuarters JKR di Rembau
Kuala Lumpur, Oct 29 – Gara-gara mengelak pemeriksaan polis, seorang penagih dadah bertindak memandu kereta dengan laju sehingga melanggar pagar kuarters JKR Rembau, di Jalan Seremban-Tampin.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata insiden itu berlaku ketika anggotanya melakukan
operasi, dan ternampak kereta dipandu lelaki berusia 52 tahun dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, polis kemudian mengarahkan suspek untuk berhenti di Jalan Pinggiran Senawang namun suspek melarikan diri.
“Tiba di persimpangan Ulu Sepri, suspek hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pagar perumahan JKR Rembau,katanya dalam kenytaan.
Hasil pemeriksaan ke atas suspek, mendapati 16 rekod jenayah dan ujian air kencing pula positif dadah.Susulan itu, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.