Malaysia
Trending

Penangguhan perobohan kawasan perumahan Kampung Pandan – Jonathan Vela

Kuala Lumpur, Sept 25 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengeluarkan surat mengosongkan tanah kerajaan kepada 10 keluarga yang tinggal disitu selama lebih 60 tahun di Indian Settlement Kampung Pandan sekitar Ibu Kota.

Menerusi surat itu, pihaknya telah menberikan masa sehingga 30 September untuk merobohkan kesemua struktur mengosongkan tanah kerajaan di situ.

Bagaimanapun, Pegawai Khas Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri,Jonathan Vela, yang menerima aduan daripada keluarga India yang turut tinggal di situ untuk melanjutkan tarikh itu sehingga habis perayaan Deepavali.

Ini susulan, mereka mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana telah menetap disitu untuk lebih 60 tahun, dan memohon pihak kerajaan untuk memberikan rumah alternatif memandangkan kesemua orang di situ tergolong dalam kalangan B40.

Jonathan yang hadir melawat kawasan itu mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menangguhkan perobohan taman perumahan itu sementara memberi masa kepada keluarga yang terlibat untuk mencari rumah alternatif serta mendaftar untuk rumah PPR.

Mengulas beliau turut memberi kejaminan bahawa kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas dalam usaha menempatkan mereka ke rumah baharu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker