EksklusifHiburanMalaysia

Penat kerja di bandar, nak nikmat keindahan alam semula jadi secara percuma, hanya kurang 30 minit dari KL ke Hulu Langat; Apa yang menarik?

Kuala Lumpur, Julai 14 – Warga Kota yang penat bekerja di bandar, ingin merasai keindahan alam, mandi di sungai, memancing ikan, rendam kaki dalam kolam air panas semulajadi?

Telus ingin mencadangkan, hanya kurang 30 minit menaiki kereta dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, warga kota boleh menikmati keindahan alam semula jadi secara percuma ke lokasi yang tersembunyi, iaitu di Hulu Langat, Selangor.

Apa yang menarik di sini ialah,orang ramai berpeluang singgah dan mandi di Sungai Conggak bersama keluarga secara percuma serta kemudahan lain seperti ‘homestay’ bagi yang berniat tinggal di situ dan melakukan akitivit-aktiviti menarik bersama alam semula jadi.

Pada masa sama, pengemar memancing boleh mengambil kesempatan singgah ke Kolam Pancing D’Congkak hanya 2 minit dari Sungai Congkak untuk melakukan akitiviti memancing ikan dari pukul 8 hingga 2 pagi setiap hari dengan harga hanay RM30 dikenakan selama empat jam pertama.

Bukan itu sahaja, di Hulu Langat, terdapat Restoran Terapong yang terkenal dan juga ia Halal dimana restoran itu dibina terapong atas air bersama pemandangan gunung-ganang yang cukup indah dengan udara segar untuk dihirup.

Hulu Langat juga terkenal dengan dusun durian, nangka, cempedak, rambutan, manggis dan banyak lagi, dimana orang ramai berpeluang menikmati buah-buahan tempatan itu untuk harga yang berpatutan dan murah, boleh didapati sepanjang jalan ke Sungai Congkak.

Warga Kota jangan fikir panjang, ayuh singgah ke Hulu Langat untuk merasai keindahan alam semula jadi secara percuma bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker