Uncategorized
Pencemaran udara teruk, Indonesia mula operasi pembenihan awan
Susulan daripada pencemaran udara teruk, Indonesia memulakan operasi pembenihan awan bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau.
Operasi dijalankan sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan akan dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan.
Operasi itu akan menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran.
Data Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan terdapat 1,208 titik panas di seluruh Sumatera setakat Ahad, termasuk 586 di Riau.