Malaysia
Penceramah motivasi dakwa diugut, pegawai kaunseling ATM;Kementerian Pertahanan akan bertindak

Kuala Lumpur, Nov 14 – Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan lanjut selepas siasatan polis atas dakwaan ugutan dan serangan seorang pegawai tentera terhadap seorang penceramah motivasi di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, pada Jumaat lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerianya akan menunggu hasil siasatan sebelum membuat keputusan.
“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis. Kami menunggu laporan siasatan untuk menentukan langkah seterusnya,” katanya di Dewan Rakyat.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan pula, mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.