Pendaftar perkahwinan bersama 2 individu direman, terima rasuah RM1.18 juta

Kuala Lumpu, Jun 5 – Seorang pendaftar perkahwinan jabatan kerajaan di Perlis, bersama dua lagi lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah, RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) suspek pertama yang bekerja sebagai pendaftar perkahwinan itu ditahan kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam semalam di pejabatnya, manakala seorang pemilik syarikat bersama bapanya masing-masing ditahan juga.
Suspek pertama, dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat terbabit bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
Kes ini disahkan oleh Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani dan berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.