Malaysia

Pendedahan Penyembunyian Titah Addendum Cetuskan Kebimbangan Mengenai Ketelusan Kerajaan -Sanjeevan

Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 – Pendedahan bahawa Titah Addendum bertarikh 29 Januari 2024 telah disembunyikan mencetuskan kebimbangan serius mengenai ketelusan dalam institusi kerajaan dan Raja-Raja Melayu, menurut Naib Ketua Sayap Bersekutu, Parti Bersatu,Sri Sanjeevan Ramakrishnan.

Katanga perkara ini disahkan melalui surat bertarikh 4 Januari 2025 yang dihantar oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kepada YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib.

Sanjeevan berkata, tindakan menyembunyikan dokumen penting seperti Titah Addendum ini merupakan pencabulan terhadap prinsip ketelusan dan berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan. Beliau turut menegaskan bahawa insiden ini mencetuskan persoalan besar mengenai integriti pihak-pihak yang terlibat.

“Sebagai sebuah negara yang mendukung prinsip demokrasi dan keadilan, ketelusan serta akauntabiliti dalam setiap keputusan kerajaan amat penting. Penyembunyian seperti ini hanya akan melemahkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara,” katanya.

Sanjeevan turut menyeru agar siasatan terperinci dijalankan dan tindakan tegas diambil terhadap individu-individu yang bertanggungjawab dalam insiden ini. Beliau menegaskan bahawa langkah segera diperlukan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan memastikan martabat Raja-Raja Melayu kekal terpelihara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker